PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN
(PITO)
GURU SEKOLAH MENENGAH 2011
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
&
MAJLIS DEKAN PENDIDIKAN
INSITITUT PENDIDIKAN TINGGI AWAM
1.0
LATAR BELAKANG
1.1
Keputusan Kabinet Julai 2007
telah menetapkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Institut
Pendidikan Guru Malaysia bertanggung jawab untuk melatih guru sekolah
rendah manakala latihan untuk guru
sekolah menengah dikendalikan sepenuhnya oleh Fakulti Pendidikan IPTA.
1.2
Ketika ini, UPSI dan 7 buah Fakulti Pendidikan IPTA
menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dengan
pengkhususan dalam bidang Sains Tulen
dan Matematik (iaitu USM, UTM, UKM, UPM, UM, UiTM dan UMS). Sementara itu UPSI
dan 3 buah Fakulti Pendidikan lain menawarkan kursus ISMP dengan pengkhususan
dalam bidang Ekonomi (iaitu USM, UMS dan UUM).
Jumlah pengambilan pelajar
program ISMP di setiap Fakulti Pendidikan IPTA adalah berdasarkan unjuran yang
ditetapkan oleh KPM.
1.3
Sementara itu, UPSI dan beberapa buah Fakulti Pendidikan IPTA
menawarkan kursus ISMP dengan pengkhususan dalam Kemahiran Hidup, Pendidikan
Jasmani & Kesihatan/Sains Sukan, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual
dan Sejarah. Jumlah pengambilan pelajar
program ISMP di setiap Fakulti Pendidikan IPTA adalah berdasarkan unjuran yang
ditetapkan oleh KPM.
1.4
Berdasarkan data KPM pada 26 April 2010, berlaku lebihan guru
sekolah menengah (yang sedia ada dalam
perkhidmatan) yang ketara dengan opsyen Sains Tulen, Matematik dan Ekonomi dan
kekurangan guru dalam opsyen Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani &
Kesihatan, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni Visual. Perincian
lebihan dan kekurangan guru ini ditunjukkan dalam Jadual di bawah.
|
opsyen
|
Lebihan(+)/
Kekurangan(-)
|
Lebihan
|
1. Matematik
|
+3695
|
2. Fizik
|
+1528
|
|
3. Kimia
|
+2721
|
|
4. Biologi
|
+3097
|
|
5. Ekonomi
|
+1547
|
|
Kekurangan
|
1. Kemahiran Hidup
|
-7053
|
2. Pendidikan Jasmani & Kesihatan
|
-1586
|
|
3. Sejarah
|
-1321
|
|
4. Bahasa Inggeris
|
-1071
|
|
5. Pendidikan Seni Visual
|
-812
|
1.5
Fenomena lebihan dan kekurangan guru dalam opsyen tertentu
ini telah menyebabkan masalah penempatan guru mengikut opsyen di sekolah
menengah seluruh negara. Masalah ini akan menjadi lebih kritikal apabila calon guru keluaran
Fakulti Pendidikan IPTA bergraduat mulai
Mei 2010.
1.6
Keputusan Mesyuarat Sesi Perbincangan Profesion Guru Untuk
Keperluan Makmal NKRA Pendidikan: Meningkatkan Kualiti Guru pada 23 Mac 2010
bertempat di Makmal NKRA KPM memutuskan supaya satu program intervensi jangka
pendek diadakan bagi menangani masalah ini.
2.0
Objektif Program
Objektif program ini
ialah untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan bagi membolehkan
calon guru mengajar dengan berkesan salah satu mata
pelajaran opsyen di mana berlaku kekurangan guru (Kemahiran Hidup, Pendidikan
Jasmani & Kesihatan, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual dan Sejarah)
di peringkat menengah rendah.
3.0
Kerangka Program
3.1
Program intervensi
jangka pendek ini akan dijalankan oleh Fakulti Pendidikan IPTA secara ‘over
and above’ program ISMP yang dikuti oleh calon
guru yang terlibat (Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Ekonomi) yang akan bergraduat pada tahun 2012 dan 2013
sahaja.
3.2
BPG akan menjalankan
program intervensi yang sama ke atas kumpulan calon guru yang akan bergraduat
pada Tahun 2010 dan 2011. Fakulti Pendidikan IPTA tidak dapat menjalankan program
intervensi bagi kohot ini memandangkan kekangan masa kerana perlaksanaan sistem
semester sedia ada (program intervensi ini mengambil masa 10 - 12 minggu).
3.3
Setiap
Fakulti Pendidikan IPTA melaksanakan program intervensi ke atas kumpulan calon
guru di Fakulti masing-masing.
3.4
Calon
guru yang mengikuti program intervensi yang lulus dengan jayanya akan diberikan
sijil oleh IPTA berkenaan.
3.5
Struktur Program
3.5.1
Kredit
Jumlah keseluruhan beban
kredit bagi program ini adalah antara 14 - 17 kredit.
3.5.2
Kandungan dan Skema
Program
a.
Kandungan program intervensi ini meliputi aspek konten, kemahiran dan perkaedahan berkaitan opsyen
berkenaan.
b.
Beban kredit setiap kursus ialah antara 2 - 3 kredit.
c. Skema program bergantung
kepada ketetapan IPTA masing-masing.
3.5.3
Kaedah Penyampaian (Delivery)
Perlaksanaan program ini melibatkan pelbagai kaedah P&P seperti kuliah, amali, perbincangan dll.
3.5.4
Penilaian
a.
Penilaian pembelajaran dilaksanakan
secara berterusan menggunakan pelbagai pendekatan yang diamalkan di IPTA
masing-masing.
b.
Gred akan diberikan untuk setiap kursus
berdasarkan pencapaian calon mengikut amalan IPTA masing-masing.
c.
Calon wajib lulus setiap kursus dengan
gred minima C untuk layak dianugerahkan sijil.
3.6
Kaedah Perlaksanaan
3.6.1
Fakulti Pendidikan IPTA akan melaksanakan program ini semasa
cuti hujung sesi akademik. BPG pula
dicadangkan supaya menjalankan program ini secara Kursus Dalam Perkhidmatan.
3.6.2
Fakulti Pendidikan IPTA menggunakan tenaga pengajar, ruang
dan sumber yang sedia ada. Beban tugas ini adalah dikira sebagai “over and above” tugas hakiki staf yang
terlibat.
3.6.3
Sebagai program “over
and above”, ia melibatkan implikasi kewangan tambahan untuk
perlaksanaannya.
3.7
Implikasi Kewangan
3.7.1
Implikasi kewangan one-off
program ini diperlukan untuk menampung kos berikut:
a.
Upahan (syarahan, amali, tutorial, dll)
b.
Bahan P&P
c.
Bahan guna habis
d.
Sewa ruang and utiliti
e.
Penginapan calon
f.
Sara hidup calon