Tuesday 18 October 2011

Program Intervensi Tambah Opsyen Matapelajaran Sejarah (PITOS) 2011
Bengkel Pembinaan Modul Pengajaran
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan


MINGGU
PERKARA
Pensyarah
Catatan
16 Oktober 2011
Minggu 1
Perbincangan dan Panduan Pelaksanaan Pembinaan Modul Pengajaran
·       matlamat dan objektif
·       ruang lingkup dan tumpuan
·       kaedah dan bentuk Modul
·       unsur dan aspek penilaian
·       pembentukan  ahli kumpulan
·       pemilihan tajuk
SHA

23 Oktober 2011
Minggu 2
Perbincangan,  Pelaksanaan dan Pembinaan Modul 
·       Laporan dan Pemantauan Perkembangan I
KZ

30 Oktober 2011
Minggu 3
Pelaksanaan dan Pembinaan Modul 
·       Laporan dan Pemantauan Perkembangan II
RR

6 November 2011
Minggu 4
Pelaksanaan dan Pembinaan Modul 
·       Laporan dan Pemantauan Perkembangan III
HJ

13 November 2011
Minggu 5
Pelaksanaan dan Pembinaan Modul 
·       Laporan dan pemantauan Perkembangan IV
SR

20 November 2011
Minggu 6
MENYERAHKAN LAPORAN KESELURUHAN MODUL PENGAJARAN
SHA






Kuliah 2 (edit)

Friday 14 October 2011

Durbar Raja-raja Melayu

Soalan : Sejauh manakah penubuhan DURBAR 1897 berjaya memulihkan kuasa raja-raja Melayu?

Thursday 13 October 2011

KULIAH 1 PITOS 106 K1

BRITISH DI TANAH MELAYU

MALAYSIA ABAD KE 20

PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN
MATAPELAJARAN SEJARAH
A. MAKLUMAT KURSUS
            Kod                                          : PITOS 106/3
            Tajuk                                       : Malaysia Abad Ke-20
            Hari                                         : Selasa
            Masa                                       : 2.00 – 5.00 petang
            Tempat                                   : KUMPULAN 1 - Bangunan E47, Auditorium PPIP USM
                                                              KUMPULAN 2 - Bilik Smart Learning, PPIP USM

            Penyelaras                              : i) Puan Renuka a/p  Ramakrishnan
                                                                  Tel : 0163097981 Email : renukaesd@hotmail.com

                                                             ii) Dr. Siti Hawa bt. Abdullah
                                                                  Tel : 04-6532976   Email : shawa@usm.my
           

B. OBJEKTIF KURSUS
Kursus ini membincangkan perkembangan sejarah Malaysia sepanjang abad ke-20. Tema utama mencakupi aspek perubahan dan kesinambungan akibat dari perkembangan dan perubahan sosial, ekonomi dan politik. Kursus ini memberi penekanan kepada peristiwa penting dalam proses kewujudan dan perkembangan kenegaraan Malaysia.
Hasil Pembelajaran : 
1.      Menilai perkembangan sejarah Malaysia abad ke-20
2.      Menghubungkait keadaan sosial, ekonomi dan politik Alam Melayu kurun ke-20  
         dengan  kewujudan pentadbiran kolonial British.
3.      Merumus fakta-fakta sebagai satu hasil kajian.
4.     Mahir membentangkan idea, fakta dan analisis dengan mantap serta mengamalkan
        etika kesarjanaan.


C. MAKLUMAT KULIAH

MINGGU
KANDUNGAN
CATATAN
11 Oktober ‘11
(Minggu 1)
·     Keadaan sosial dan politik Alam Melayu akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20.
·     Pengukuhan pentadbiran kolonial British dari segi sosial, ekonomi dan politik.

Kump 1 : Pn. Renuka

Kump 2 : Dr. Siti Hawa
18 Oktober ‘11
(Minggu 2)
·     Ekonomi dan pendidikan zaman kolonial
·     Dasar  dan perkembangan system ekonomi dan sistem pendidikan kolonial.

Kump 1 : Pn. Renuka

Kump 2 : Dr. Siti Hawa
25 Oktober ‘11
(Minggu 3)
·     Perkembangan persuratkhabaran Melayu.
·     Kemunculan akhbar dan perkembangannya hingga 1941. Peranan akhbar dan majalah dalam menimbulkan kesedaran politik.

Kump 1 : Pn. Renuka

Kump 2 : Dr. Siti Hawa
1 November ‘11
(Minggu 4)
·     Masyarakat Malaysia pada 1900-1930 – Gerakan Islah Islamiah.
·     Peranan serta perkembangan gerakan Islah kepada masyarakat.

Kump 1 : Pn. Renuka

Kump 2 : Dr. Siti Hawa
8 November ‘11
 (Minggu 5)
·     Perkembangan gerakan kebangsaan dan parti-parti politik di Malaysia.
·     Kemunculan gerakan kebangsaan serta kemunculan persatuan berunsur sosial, ekonomi dan politik, penjajahan Jepun serta Malayan Union.
·     Kemerdekaan dan pembentukkan Malaysia.
·     Perjuangan kemerdekaan, peranan parti politik berbagai kaum, perundingan dengan British serta perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Idea serta perkembangan penubuhan Persekutuan Malaysia.
Kump 1 : Pn. Renuka

Kump 2 : Dr. Siti Hawa
15 November ‘11
(Minggu 6)
·     Malaysia menjelang abad ke-21.
·     Pengenalan serta perkembangan dasar pembangunan, dasar luar serta dasar pertahanan negara.

Kump 1 : Pn. Renuka

Kump 2 : Dr. Siti Hawa






D. RUJUKAN  :
Andaya, B.W. & Andaya, L.Y. (2001). A history of Malaysia.                                                                                     London: McMillan
Cheah Boon Kheng, (2002). Malaysia the making of a nation.
             Singapore: ISEAS

Harper, T.N. (1999). The end of empire and the making of Malaya.
             Cambridge: Cambridge University Press

Ranjit Singh. (2008). The making of Sabah 1865-1941: the             
               dynamics of indigenous society. Kuala Lumpur: Penerbit
               Universiti Malaya.

Roff, W.R. (2003). (3rd Reprint), The origins of Malay nationalism, 
               K.Lumpur: Penerbit Universiti Malaya


E. MAKLUMAT TUTORIAL

MINGGU/TARIKH
TAJUK
TUTOR
11 Oktober ‘11
(Minggu 1)
Sejauh manakah campurtangan British pada tahun 1874 telah membawa perubahan dari aspek sosial, ekonomi dan politik di Tanah Melayu?

Kump 1 : Pn. Renuka

Kump 2 : Dr. Siti Hawa
18 Oktober ‘11
(Minggu 2)
Dasar laissez-faire dalam pendidikan merupakan alat British untuk mengukuh dan menguatkan kedudukannya di Tanah Melayu. Bincangkan.

Kump 1 : Pn. Renuka

Kump 2 : Dr. Siti Hawa
25 Oktober ‘11
(Minggu 3)
Persuratkhabaran Melayu, Cina dan India pada tahun 1930an membangkitkan isu yang berbeza. Bandingkan isu-isu tersebut.
Kump 1 : Pn. Renuka

Kump 2 : Dr. Siti Hawa
1 November ‘11
(Minggu 4)
Sejauhmanakah faktor luaran berperanan dalam membangkitkan Gerakan Islah dalam kalangan orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua?

Kump 1 : Pn. Renuka

Kump 2 : Dr. Siti Hawa
8 November ‘11
 (Minggu 5)
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menjadi pemangkin kepada kebangkitan semangat nasionalisme orang Melayu. Nilaikan pernyataan ini.
Kump 1 : Pn. Renuka

Kump 2 : Dr. Siti Hawa
15 November ‘11
(Minggu 6)
Jelaskan pertimbangan yang diambil kira dalam menentukan dasar luar Malaysia.
Kump 1 : Pn. Renuka

Kump 2 : Dr. Siti Hawa
F. PENILAIAN KURSUS    : Kerja kursus                                                                 60%
                                           Peperiksaan Akhir                                                      40%
Maklumat Kerja Kursus
MOD
PEMBERATAN
TARIKH SERAHAN
ESEI & PEMBENTANGAN TUTORIAL
30%
Minggu Pembentangan
PROJEK KUMPULAN
30%
Minggu Ke-6
***Catatan
Esei dan Pembentangan Tutorial (30%)
  1. Pelajar akan dibahagikan secara kumpulan dan setiap kumpulan tidak melebihi 5 orang.
  2. Setiap kumpulan akan diberi satu tajuk tutorial.
  3. Setiap kumpulan mesti menyediakan esei kumpulan dan membentangkan tugasan mereka dalam tutorial.
  4. Setiap pelajar dalam kumpulan harus terlibat dalam pembentangan.
  5. Masa untuk setiap pembentangan ialah 40 minit sahaja.
  6. Baki 15 minit adalah untuk perbincangan dan soal jawab.
  7. Esei mestilah hasil kerja sendiri, tidak melebihi 10 muka surat dan diserahkan kepada tutor masing-masing sebelum pembentangan.
  8. 10%  ialah markah untuk pembentangan dan 20% untuk esei
  9. Kehadiran kuliah dan tutorial adalah WAJIB.
  10. Pelajar akan dihalang daripada menduduki peperiksaan sekiranya tidak menunjukkan komitmen terhadap kehadiran dan tugasan.

Projek (30%)
  1. Projek mesti disediakan secara kumpulan (tidak melebihi 5 orang)
  2. Pelajar dalam kumpulan dikehendaki membina Blog Sejarah menggunakan sumber digital sejarah berdasarkan topik dari Sejarah Malaysia Abad ke-20.
  3. Pelajar dinasihatkan berbincang dengan tutor terlebih dahulu tentang kesesuaian topik yang dipilih untuk pembinaan Blog Sejarah
  4. Laporan tentang Blog Sejarah harus disediakan.
  5. Laporan haruslah ditaip dan tidak melebihi 15 halaman (jarak 1 ½ dan menggunakan font  Arial/Times New Roman.  Saiz : 12)
  6. Blog Sejarah berserta laporan mesti disiapkan sebelum minggu terakhir